Wednesday, January 26, 2011

"mama..tolong la percaya cakap aiman..."

taktau la nak ckp aiman careless ke atau cikgu dia yg tak prihatin ke...setakat ni dah 3 kali tukar kelas (tapi careless ni takda kaitan pun dgn tukar kelas, tu prosedur biasa utk asing2kan budak2 ikut level masing2). masalahnya buku kerja maths dia dah hilang (buku SPBT so kena ganti). cari2 kat rumah takda. seingat aku mmg kali terakhir buku tu ada masa dia ada kerja rumah "tandakan yg sedikit/lebih..." (aku ingat lagi tau..)..lps tu hilang buku tu..bila tanya dia mcm biasa dia akan jwb taktau..

takpa, dah suruh dia tanya cikgu.."kata kat cikgu, buku saya takda kat rumah, mungkin kat cikgu kelas sigma, ckp mcm tu tau"..."ok abg ckp"...dia mmg tunaikan janji dia utk ckp dan jwpnnya mmg takda..aiman sudah risau.."abis la abg kena berdiri kat luar kelas..abis la kena jumpa guru besar"..."takpa la abg nnt abh jumpa cikgu..." nak sedapkan hati dia..

sbg mama yg baik hati dan prihatin, tanya2 juga kalau buku ada jual kat kedai buku sekolah, malangnya takda...tanya2 kwn, ada 1 book shop kat presint 15 "kedai buku mu'min" ada jual buku teks sekolah...mlm kelmarin pegi juga...Alhamdullilah ada...seronok aiman..."fuh lega abg tak kena berdiri kat luar kelas, tak payah la jumpa guru besar..."

ok belum habis lagi ni...sejak mlm tadi sibuk nak bwk buku tu pegi sekolah padahal dlm timetable tkda pun maths...aku buat tak kisah je lagipun ada byk keje yg tak siap since buku tu hilang...pg tadi kecoh lagi...hmmm...dia masukkan jugak buku tu dlm beg...fine aiman...tadi time lunch dia kata "mama, abg dah bagi buku tu kat cikgu"..."kan byk lagi yg tak siap, tak kaler"..."takpa cikgu tak marah cikgu kata hantar jer...esok boleh buat lagi"..."ye la tu"..."kenapa kalau abg ckp betul mama salu tak percaya ckp abg..." (muka sedih, mulut muncung)...aku gelakkan jer sbb kelakar cara dia tanya tu..."bukan tak percaya nak confirmkan je btl tak aiman ckp tu...."

No comments:

Post a Comment